Dari Anas R.a dari nabi S.a.w bersabda: "Kepadaku diberikan tiga idaman oleh Allah didunia: "Isteri solehah, Berwangi-wangian, dan Sejuk mata (jiwa) ku di dalam sembahyang".



Khamis, 2 Disember 2010

Bagi couple yang benar-benar serius, semakin banyak kemanisan yang kita teguk dalam pergaulan bebas sebelum berkahwin, maka semakin tawar dan hambar pula pergaulan itu sebagai suami isteri nanti (selepas berkahwin). Sebaliknya semakin kita dapat mengawal diri daripada melakukan sesuatu yang di larang oleh islam sebelum kita berkahwin , maka semakin manislah alam rumahtangga yang akan kita lalui nanti.
    Jika benar-benar sayangkan pasangan anda, maka hormatilah dia. Peliharalah dia dan perlakukanlah si dia sewajarnya seperti orang yang anda sayangi, Jangan hancurkan hidup pasangan anda hanya kerana keseronokan sementara. Jika sayangkan permata, tempatkanlah ia di bekas yang selamat, lindungi dan di jaga.... Jangan sekali-kalididedahkan, disepah-sepahkan. Jangan manisnya dikecap, sepahnya dibuang. Bagi jejaka jagalah kehormatan si dia - bakal ibu bagi anak anda nanti. Sesungguhnya, hanya ibu yang baik dapat mendidik anak yang baik..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan