Dari Anas R.a dari nabi S.a.w bersabda: "Kepadaku diberikan tiga idaman oleh Allah didunia: "Isteri solehah, Berwangi-wangian, dan Sejuk mata (jiwa) ku di dalam sembahyang".



Sabtu, 4 Disember 2010

cantik tak...cadang nak buat macam ni masa tunang..tapi rasa macam over la pulak.bukan nak kawin pun. takat tunang je..buat ala kadar jela..ni saje test..

Khamis, 2 Disember 2010

Bagi couple yang benar-benar serius, semakin banyak kemanisan yang kita teguk dalam pergaulan bebas sebelum berkahwin, maka semakin tawar dan hambar pula pergaulan itu sebagai suami isteri nanti (selepas berkahwin). Sebaliknya semakin kita dapat mengawal diri daripada melakukan sesuatu yang di larang oleh islam sebelum kita berkahwin , maka semakin manislah alam rumahtangga yang akan kita lalui nanti.
    Jika benar-benar sayangkan pasangan anda, maka hormatilah dia. Peliharalah dia dan perlakukanlah si dia sewajarnya seperti orang yang anda sayangi, Jangan hancurkan hidup pasangan anda hanya kerana keseronokan sementara. Jika sayangkan permata, tempatkanlah ia di bekas yang selamat, lindungi dan di jaga.... Jangan sekali-kalididedahkan, disepah-sepahkan. Jangan manisnya dikecap, sepahnya dibuang. Bagi jejaka jagalah kehormatan si dia - bakal ibu bagi anak anda nanti. Sesungguhnya, hanya ibu yang baik dapat mendidik anak yang baik..

Rabu, 1 Disember 2010

KORBAN PERCINTAAN

Kesusahan Nabi Adam a.s melambangkan korban percintaan semata-mata untuk bertemu kekasihnya Siti Hawa di Padang Arafah. Sedangkan Siti Hawa cuma berkorban kesusahan penderitaan perjalanan dari Jeddah (di mana siti hawa diturunkan dari syurga) ke padang Arafah. Padang Arafah merupakan simbol penyatuan umat seluruh dunia. disitu jugalah Rasullullah menyampaikan Khutbatul Wida' (khutbah terakhir) sebelum wafat...

cinta bertemu di padang Arafah.. kecintaan kepada Allah berhimpun di padang Arafah. dan rasulullah menyimpulkan kecintaan baginda kepada umatnya juga di padang Arafah..
Jika terdapat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingnya...

CINTA @ LOVE

CINTA tercipta sejak kewujudan nabi adam a.s lg...melihat sepasang burung yang bercinta, tumbuhlah perasaan itu di dalam hati baginda.. Allah s.w.t menciptakan Siti Hawa a.s untuk melengkapkan perasaan tersebut..malangnya cinta kepada makanan (buah khuldi) dalam taman larangan yang menjadi lambang nafsu kehidupan duniawi menyebabkan baginda dicampakkan ke dunia...Dan cinta juga yang menaikkan semangat nabi Adam a.s untuk menyeberangi Titian Adam (Adam's Bridge) dari puncak pergunungan Sri Lanka ke benua kecil India. lantas baginda mengharungi hutan belantara melangkahi banjaran gunung ganang, menapak padang pasir dan merentas benua..kesusahan ini melambangkan korban percintaan semata-mata untuk bertemu kekasihnya Siti Hawa di padang Arafah....
ANDA BELUM MATANG SEKIRANYA
  • MENGHABISKAN nilai kad pone pra-bayar utk berbual dgn kekasih sedangkan wang membelinya drpd kiriman ibu bapa.
  • RELA menunggu berjam-jam dlm hujan semata2 nak tengok gadis/jejaka yg anda cintai melintas jln sedangkan anda solat secara ekpres kurang 2 minit @ tak solat lansung.
  • MEMARAHI bahkan sanggup menampar adik anda yg tersalah ckp ckit tapi anda mampu tersenyum sekalipun dimaki hamun @ dihina oleh org yg diminati.
  • SANGGUP membaca novel beratus-ratus m/s dalam sehari tapi tak pernah baca Al-Quran walaupun 1 m/s setahun.
  • ASYIK terkenang wajah kekasih yg baru seminit berpisah tapi tak terkenang pun wajah ibu bapa yg dah berbulan tak berjumpa.
  • SUSAH ht jika tak dapat email @ SMS drpd org yg dicintai sebaliknya anda tahu dah lm tak kirim kabar berita pd ibu bapa di kampung.
  • MEMAKAI pakaian sehabis cantik untuk kuar date tp nak solat pakai singlet @ tak pakai baju lansung..
  • LEBIH banyak ucap kalimah I LOVE U drpd zikir SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAH HU AKBAR..

Selasa, 30 November 2010

     "Tiga perkara yang barang siapa mendapatkannya terasalah dia akan kemanisan:
  • Allah dan rasul lebih dicintainya mengatasi yang lain;
  • mencintai seseorang itu tidak kerana yang lain, melainkan kerana Allah,
  • Benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dirinya benci untuk dicampakkan ke api neraka."

UKURAN BENCI & CINTA

cintailah sesuatu itu sekadar saja,
berkemungkinan ia akan menjadi
kebencianmu pada suatu ketika...
bencilah yang engkau benci itu sekadar saja,
berkemungkinan ia akan menjadi
kecintaanmu pada satu ketika...

bakal bertunang

insyaAllah tanggal 1 januari 2010 ni, kitorang bakal mengikat tali pertunangan..semoga semua yang dirancang akan berlansung dengan jayanya..berkat izin tuhan yang esa...ameen ya rabbalalamin... harap doa semua juga..

Isnin, 29 November 2010

mari menari

kakak & abang
ayah & ibu
usah lah segan
jangan lah malu..
bersama-sama dipentas ini
dengan iringan lagu kita menari
1 dan 2, 3 dan 4
langkah diatur tunjukkan bakat
dimana saja berkongsi minat
itu tanda nya bersepadan
abang & ibu
kakak & ayah
pak cik dan mak cik
adik 7 aku
mari menari bersama...

wan stailor

mazuan bin abubakar
lahir di kedah
26 september 1987
bekerja sebagai mekanik di same darby
smiles...:)

NabilaQusna

my name is nabilaQ...... bInTi ahmad YusOOff..
bekerja sebagai guru di angkatan belia islam malaysia.
lahir di hospital parit buntar.
pada 5 september1989..
negeri asal perak malaysia..
smiles..:)